Pages

Monday, November 10, 2008

POLITIK?

kalau korang sume nak tahu, aku adalah seorang yang berpolitik, kekekek macam tak percayakan? yela, perangai macam budak2, tapi main politik, ni sume punce waktu aku kejer kat seremban lah, bos aku adalah seorang ketua cawangan * wah ayat skema nak mati..... kakaakkka,
korang nak tau, ari sabtu ari tuh, aku g perwakilan puteri UMNO kat seremban lah yang heboh2 masuk paper yang gaduh2 tu, kekdang macam tak paham lah permainan politik nie, tapi demi cawangan aku yang aku cintai* pada bf aku, aku tetap chenta kau.......
aku ikutkan jer lah, mule2 pegi agak bengong2 jugak lah, yer lah dah baper bulan aku tinggalkan mender nie, yelah sejak kejer kerajaan kan.

bangga.... bangga sunggug aku dapat join perwakilan nie... korang dapat pegi ker???wahaahhaha
ni cite yang aku bace kat paper berite tadi tadi.....
Pak Lah kecewa perwakilan Bahagian Seremban bergaduh
Oleh Fazli Abdullah, Hussain Said dan Mohd Amin Jalil
SEREMBAN: Mesyuarat Umno Bahagian Seremban di Kelab Golf Tuanku Ja’afar, Senawang, semalam terpaksa ditangguhkan selepas dicemari insiden pergaduhan hingga menyebabkan dua perwakilan, termasuk seorang wanita cedera. Kekecohan yang menyaksikan insiden baling kerusi dan tumbuk-menumbuk itu bermula kira-kira jam 10.30 pagi selepas sesetengah perwakilan tidak berpuas hati berhubung status beberapa cawangan yang hanya dibenar menghantar pemerhati. Mengulas kejadian itu, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.
“Mereka yang mencetuskan kejadian itu boleh dikenakan tindakan disiplin," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang. Perdana Menteri turut menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes berkenaan. Abdullah berkata, Mohamad dan wakil Majlis Tertinggi (MT) yang memantau mesyuarat berkenaan, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, akan membuat laporan mengenai kejadian itu secepat mungkin.

Katanya, tindakan lanjut berhubung kes itu akan diputuskan berdasarkan laporan berkenaan. Sebelum kejadian itu, Ketua Umno Cawangan Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah bangun sebaik Ketua Umno bahagian, Datuk Ishak Ismail selesai berucap bagi memohon penjelasan sama ada mesyuarat itu wajar diteruskan berikutan kekeliruan berhubung status beberapa cawangan. Md Yusof yang bertanding jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Datuk Zakaria Nordin, berkata ada sembilan cawangan sudah bermesyuarat, tetapi tidak diiktiraf termasuk enam tidak dibenarkan menghantar perwakilan. Abdul Rahim kemudian menjelaskan mesyuarat itu boleh diteruskan dengan wakil sembilan cawangan terbabit menjadi pemerhati.

Bagaimanapun, Ketua sebuah cawangan terbabit (Seri Aman), Mohd Fadhil Kamaruddin, tidak berpuas hati dan ketika mahu meng-ajukan soalan seterusnya, beliau dihampiri sekumpulan lelaki hingga menyebabkan keadaan semakin tidak terkawal. Berikutan kekecohan yang berterusan kira-kira setengah jam itu, persidangan berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan oleh MT. Dua perwakilan yang cedera turut membuat laporan di Balai Polis Senawang, tengah hari semalam. Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, ketika ditemui selepas mesyuarat Umno bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, kecewa dengan kejadian itu yang disifatkannya boleh menjejaskan maruah dan imej Umno. "Saya akan meneliti laporan penuh berhubung insiden itu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan dan menasihatkan ahli bahagian itu bertenang serta mengelakkan tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana," katanya. Sementara itu, Naib Ketua Umno bahagian berkenaan, Mohd Nor Awang menafikan menjadi dalang kejadian itu. "Saya akan mengutus surat kepada Ibu Pejabat Umno secepat mungkin mengenai kedudukan sebenar kejadian ini," katanya yang dicalonkan menentang ketua bahagian itu, tetapi tidak dibenarkan bertanding selepas MT memutuskan beliau tidak layak kerana masih menghadapi tuduhan rasuah. Mohd Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lalu atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan.
*aper yang aku post nie... dah melalut dah nie, adeh campur2....
* pada cawangan Jalan Tuanku Antah seremban....."HIDUP UMNO".....wahahahahah i loike......

0 comments: