Pages

Wednesday, January 6, 2010

::Entry terbaru tahun 2010::

Entry ini akan jadi pembuka tahun baru yek, bos saye sedang kesakitan di dalam bilik die, so ader mase sekit nak tulis2 belog inih...

kawan-kawan mesti dah tau cerita baek punyer tahun 2010, iaitu kami yang gred kesetiausahaan yang maner n17 daripada poli dan uitm dapat upgrade ke N27 maaa.... bahagia sungguh, walaupun kenaikan gaji tak banyak maner, teriktiraf jugaklah apa yang kami belajar beberapa tahun, terkontang kanteng kat poli tuh, kene kejar kat ustaz lagi memalam buta pasal tak pergi pusat islam, tu kira penat lelah tu, berlari menyelamatkan diri tau.... ustaz cam.... sorry erhhh (tapi perlakuan uztaz itu menarik seluar keluar dari ****** semasa mengajar, sangat tidak senonoh) hihihihi kenangan manes....

urm tapi sebalik berita baek punyaaa itu, banyak pulok yang tak puas hati, sedih betul tapi tak per asalkan hati acik senang...

tahun 2008 & 2009 sebenarnya bukan tahun yang banyak cabaran sangat tapi nak listkan lah..

1. abes belajar tahun 2008, tros kejer dekat WANIJA GROUP, waktu itew saya jadi PA CEO of the company, pengalaman best gak arrr, walaupun banyak kenangan pahit... tapi time itew saya dah join Puteri UMNO yeaaa....

2. Berenti kejer daripada WANIJA pada bulan 3, pasal terlampau tak tahan bekerja disitu, tak percaya tanya sama ini kakak azryn , dia pun berenti jugak tapi dapat kerja dibank negara.

3. Hujung bulan 3 terus pergi kursus JPA dengan all of my class mate dekat IKWAS, then tros dapat kerja dekat INSOLVENSI. Tiba di INSOLVENSI, saya terpaksa jadi PA di pool, dan saya asik nak menangis sahaja meratapi naseb, tapi waktu itu sahaja ada sahabat sampai mati, iaitu kakak dan abang yang sangat saya sayang di INSOLVENSI. dengan adanya mereka, lupa lah sikit nak jadi PA tu.

4. Masa berjalan dengan gembiranya sehingga bulan 8 wani masuk kejer di Kementerian Pengajian Tinggi, itu masa lagi gembira, sudah ada sahabat sampai mati yang ketiga, tapi kusangkakan panas sampai petang, tapi hujan pulok pagi-pagi, wani merajuk di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, berlakulah drama air mata disitu, nanges... nanges... dan nangis lagi....(kami nangis dua orang dekat dalam telefon, macam bf and gf then ada pulak tukang pujuk diantara 2 belah pihak nie, dah lah orang nie musuh wani, pelik lah pulok, naper dorang baik erk, baru terpikir lah)

5. Genap jer November, gelodak di jiwa tak boleh tahan, apply kuaters, tros dapat lah pulak, apa lagi pindah lah dengan wani (as, x housemate, mintak maap lah banyak2 pindah dengan meninggalkan rumah yang bersepah, seperti pencuri di tengah hari jumaat) sesungguhnya waktu itu abang pajero itu sangat kejarkan masanya.....

6. Tinggal dengan aman damai di persekitaran rumah yang seperti kondominium mewah dilengkapi air cond, flat screen tv, peti ais 2 pintu, sofa leather L-shape, bath tub, orang gaji(ihiks... verangan jer) tapi sekarang alhamdulillah, rumah dah lengkap dengan peralatan.

7.Masuk tahun 2009, bulan 4 dapat lah seorang bos yang super garang, bekas CEO daripada SSM, DATUK ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL(nama jangan salah eja, nanti dia mengamuk), waktu mula2 jadi pa, die sangat tidak mahukan saya hanya kerana gred dan saya tiada pengalaman, tetapi alhamdulillah, sampai sekarang saya masih berkhidmat dengan beliau, di atas permintaan beliau. saya sayang bos.....

8. Hidup berjalan dengan lancar sehinggalah hari ini.... sekian, terima kasih

1 comments:

Unknown said...

Emm... Macam pernah ku dengar name Dato abdul karim tu. Dia dulu bos saya gak. Sebab dulu pernah keje kat ssm. Dia ni kira OK la. Dulu dia ni memamg suke gila kat budak2 yang aktif dalam dinner show la, koir la... Sebab dulu saya salah sorang dari team dinner show n koir dia. Hehehe...